photo cooltext977547113.png  photo cooltext977547423.png  photo cooltext977547960.png

Alasan Lelaki Ikat Janji


 


 
 
Lelaki sering dikatakan tidak mahu mempunyai komitmen untuk mengakhiri hubungan
 sehingga
ke jenjang pelamin.
Namun bukan semua begitu ,ada juga yang mendesak untuk lebih cepat berkahwin
Berikut adalah sebab - sebab lelaki ingin menamatkan zaman bujangya.
Jom kita lihat alasan mengapa lelaki berkahwin
 
 
 
 
 
Melengkapi Hidup
 
Hidup tidak lengkap selagi tidak ada insan istimewa disisi
Biarpun telah punya kerja dan harta yang banyak ,tetapi kehidupan ya akan hambar andainya tidak ada seseorang isteri menemaninya  
 
 
Ingin Diurus
 
Lelaki memerlukan seseorang yang boleh membuatnya
 selesa dan segala keperluanya disediakan
dengan sempurna
Ada seseorang yang menyiapkan kopi pada waktu pagi
 dan menyediakan makan malam untuknya setelah penat berkerja
 
Bosan
 
Bagi lelaki yang telah berasa puas mengecapi pahit manis hidup membujang
perkahwinan dikatakan cara paling baik untuk keluar dari kebosanan hidup
Apabila berkahwin mereka boleh buka buku baru
Segala yang pahit dibuang dan manis menjadi ingatan
 
Sudah Bersedia
 
Secara mental dan fizikalya mereka sudah bersedia untuk berkahwin
bukan mudah untuk mempersiapkan diri memasuki gerbang perkahwinan
Maklumlah tanggungjawab menjadi suami ini sangan besar perananya
Namun apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin
Maka dia sememangnya sudah benar-benar bersedia
 
 
Mengakhiri Cinta Tiga Segi
 
Lelaki sememangnya dikenali dengan sikap "romeo"
Pantang nampak perempuan cantik mulalah nak memikat
Akhirnya memakan diri sendiri  dengan cinta tiga segi
Namun sehingga satu masa dia sedar juga sebenarnya penat
untuk membahagikan cinta
Oleh itu apabila bertemu dengan wanita pilihan cepat-cepat dia
mengikat hubungan dengan perkahwinan
 
 
Tiba Masanya
 
Tidak perlu risau sekiranya dia masih tidak bersedia memberikan komitmen
kerana apabila tiba waktunya
hati lelaki akan berubah dan ketika itu dia segera terfikir
untuk menamatkan zaman bujang
Tidak kiralah sama ada pilihan keluarga atau pilihan sendiri
Oleh itu anda tidak perlu terlalu memaksanya kerana itu boleh
mengundang si dia berasa bosan dengan anda
 
 



No comments: