photo cooltext977547113.png  photo cooltext977547423.png  photo cooltext977547960.png

Modal Cinta


Dalam dunia ini tidak ada yang percuma,Melafazkan cinta mungkin hanya
perlu bermodalkan air liur,tetapi untuk membinanya perlu lebih dari itu.
Walaupun dikatakan ia cinta sejati dan cinta sehidup semati,
seseorang itu tetap perlukan modal
Belum ada benda yang percuma begitu sahaja segalanya memerlukan
PENGORBANAN


Bil Telefon

Setiap pasangan harus sama berhubung antara satu sama lain
jika sebelumnya bil anda setakat  dua tiga puluh ringgit,
tetapi apabila sudah dilamun cinta bilnya naik berganda-ganda,
mungkin anda boleh berjimat dengan menggunakan surat
walaupun cara ini kelihatan klasik

Kos Makan Minum

Jika dulu anda cuma makan seorang ,
tetapi sekarang sudah menjadi dua orang
Maknaya bajet pun bertambah ,nak jimat?
Anda bolehlah bayar asing-asing setiap kali makan bersama
@ setiap kali makan bawa sahaja bekal dari rumah setiap kali berdating,
Sesekali dicuba pasti romantis

Masa

Kalau dulu anda mungkin banyak masa terluang
boleh lepak seorang diri atau dengan rakan yang lain,
tetapi sekarang terpaksa sediakan masa untuk sidia pula.
Nak temankan sidia membeli belah,tonton wayang,bersiar-siar dan sebagaiya
Pasti memenatkan !

Hadiah

Setiap kali hari jadi dan ulang tahun percintaan anda berdua
sudah pastinya anda terpaksa menyediakan hadiah untuknya
Kalau diberikan hadiah yang murah mungkin sidia tidak suka,
tetapi hendak diberikan hadiah yang mahal tidak mampu rasanya.
Adakalanya bukan setakat hadiah perlu disediakan malah kena juga makan
di tempat istimewa
Sememangnya memerlukan belanja yang banyak


No comments: